Guru Ganti

Hello everyone!!

Harini saya nak cerita pasal interview guru ganti dua bulan lepas.

Well if you are lepasan SPM, diploma, matrik, ijazah sarjana muda (degree), ijazah sarjana (master), PhD holder ke apa ke. Semua boleh apply sebenarnya. Open ja untuk semua hehe.

Cuma bayarannya lah berlainan.
Kalau lepasan SPM, RM54.
Kalau lepasan diploma, RM72. Matrik saya taksure lah.
Kalau degree ke atas, RM100.

Cumanya, sekarang kerajaan kekurangan dana kewangan, makanyaaaa degree ke diploma ke, semua RM72. Huhuhu. But okay la dari tk ada kerja kannnnn.

Step 1: Borang Permohonan
* Download borang dari internet


* Borang juga boleh didapati di Jabatan Pendidikan atau PPD berdekatan anda.

Borang simple sahaja. Isi 5 minit pun dah siap. Terus boleh dihantar. 


Step 2: Salinan Sijil
Sahkan semua salinan sijil dan transkrip awak since sekolah hingga sekarang. yang rasa tak penting tu, kalau tknk letak pun tk apa. Waktu interview tu bwk la sijil yang original. 


Step 3: Hantar
Hantar borang permohonan serta salinan sijil yang telah disahkan ke PPD atau Jabatan Pendidikan berdekatan anda. Tapi kalau rasa nak kerja jauh sikit, g lah hantar kt PPD yg jauh sikit. Hehe. Tapi PPD i dont know la how they work, sebab haritu berurusan di Jabatan Pendidikan Negeri. 


Step 4: Menunggu
Step seterusnya haruslah menunggu. Menunggu apa? Menunggu panggilan untuk temuduga. Tapi apa yang saya dengar ada juga yang tidak perlu di temuduga. Mungkin bergantung kepada Jabatan Pendidikan atau PPD tersebut. 

Tapi 90% daripada guru ganti semuanya ditemuduga terlebih dahulu. Mungkin nak tengok you ni boleh ke nak g ajar anak orang ni. Baik sekolah rendah atau menengah. 


Step 5: Panggilan
Saya dapat panggilan setelah seminggu lebih. Saya hantar hari Rabu. Dan dapat panggilan untuk ke temuduga pada Jumaat minggu selepas itu. 

Saya dapat panggilan pada hari Khamis dengan dialog: "Hello assalamualaikum adik. Esok ada interview ya di jabatan pada jam 3 petang."  Phewww terkezut saya tengah makan kt kedai time tu LOL. Masih berlagak tenang lepastu. 


Step 6: Temuduga
Saya sampai di Jabatan pada jam 2.45 petang. Dan saya dipanggil masuk pada jam 3.30 petang 😑😅

Setelah masuk, ketuk pintu bilik pegawai berkenaan, dan memberi salam (jika Islam). 

Saya diminta untuk duduk. Dan disuruh untuk perkenalkan diri. Nama, umur, asal, belajar dimana.

Saya hanya diberikan empat soalan 😂😂

     1) Kenapa ingin menjadi guru ganti?
     2) Bagaimana ingin menarik perhatian pelajar supaya mereka tertarik untuk belajar?
     3) Gaji ni kalau kami tawarkan RM54 okay tak? 
     4) Kalau sekolah jauh dari rumah okay tak?

Hahahaha simple sahaja. TAPIIIII interview selama sejam 15 minit ya. Almost pukul 5 baru keluar dari bilik pegawai tu...................... 

Sebenarnya bukanlah interview sangat. Lebih kepada dia bercerita tentang pengalamannya sewaktu menjadi guru disekolah sebelum ini. 

Beliau jugak bagi banyak nasihat. Tentang bagaimana menjadi seorang guru yg beretika dan baik. 


Step 7: Lapor diri
Jaranglah orang yang apply tak dapat untuk jadi guru ganti.

Jadi seminggu selepas itu, iaitu pada hari Khamis minggu selepasnya baru ada panggilan dari jabatan, dengan dialog: "Adik boleh lapor diri esok di sekolah sekian sekian?"

Jadi lapor diri pada hari Jumaaaaaaaat! Nervous gila. Sebab sekolah menengah. But yeah , pengalaman kan. Kalau tak cuba tak tahu. Yang lebiiiiiiih penting, i need money.... i really do...........

Waktu lapor diri, semua penolong kanan tiada disekolah, melainkan PK HEM. Pengetua juga tk ada dua minggu.

Dia bagitahu, saya tidak perlu masuk ke kelas pada hari tersebut (phewww lega gila). Jadual takdala padat, kecuali Khamis.

Demi secebis pengalaman dan uang. Yeah! Overall, seronok lah jadi cikgu ni. Rasa macam dah ada anak sebelum waktu. Hahaha. Tapi seronok, yang tengah tunggu nak dpt kerja tetap tu, bolehlahhhh go apply untuk menjadi guru gantiii. Such a good and fun experience. You learn how to deal with students (lots of them), and your own emotion...... when they become monkey..................... Zzzz  

Nanti saya cerita tentang pengalaman menjadi guru ganti selama 2 bulan ni k! See ya!

Comments

Popular posts from this blog

Masalah kulit kering

rawrrr :D